PEGENALAN AGEN DROPSHIP:

Dropshipping merupakan suatu teknik pengurusan rangkaian pembekal di mana agen dropship tidak perlu menyimpan stok tetapi perlu memindahkan segala pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.
Dropship juga adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.
Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal yang besar, dropship adalah kaedah yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa risiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.
Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini banyak keistimewaannya.

KEISTIMEWAAN AGEN DROPSHIP

* Tidak melibatkan modal yang besar.
* Tidak perlu menyimpan stok.
* Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
* Risiko perniagaan ini amat rendah.
* Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
* Amat senang dan mudah diuruskan!

Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di Blog atau di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, menguruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

TERMA DAN SYARAT AGENT DROPSHIP D’HOUSE COLLECTION:

* Anda memerlukan account Facebook atau Blog untuk anda berurusniaga dengan pelanggan anda.
* Anda akan disahkan menjadi Agent Dropship kami jika, anda telah diterima masuk ke dalam Group Agent Dropship D’House Collection (DHC).
* Anda boleh terus mula Copy and Paste setiap gambar barangan D’House Collection dan boleh terus promote ke Facebook atau Blog anda.
* Untuk Makluman Anda, Harga Jual adalah Harga yang pelanggan perlu bayar kepada anda. Manakala Harga Agen Dropship adalah harga yang perlu anda bayar kepada saya.
* Sila confirm stock dahulu dengan kami, sebelum anda confirm dengan pelanggan anda kerana stok sentiasa berubah-ubah dan saya kadang-kadang mungkin tidak sempat update.
* Untuk setiap barangan yang ada sales, anda boleh ikut harga sales untuk bayar kepada saya. So, bagi barangan yang tidak tersenarai sila ikut harga asal.
* Untuk mengetahui setiap detail barangan, anda boleh click pada setiap barangan dan akan tertera di sebelah gambar tersebut.
* Anda boleh mesej saya untuk confirmkan harga barangan yang hendak dibeli termasuk kos postage.
* Untuk setiap barangan pre-order, anda dikhendaki membayar separuh daripada harga setiap barangan tersebut dan saya juga mohon pada anda semua, supaya banyak-banyak bersabar dalam menunggu setiap tempahan barangan pre-order.
* Untuk setiap barangan yang tiba-tiba ada masalah kehabisan stock, saya akan refund balik duit agent untuk agent refund kembali kepada pelanggan.
* Lain-lain maklumat yang tidak tersenarai, boleh terus hubungi kami

PENGENALAN BORONG:

Ia merupakan aktiviti membeli barang secara borong / pukal daripada pengeluar untuk dijual semula sama ada kepada peruncit atau terus kepada pengguna akhir.

FUNGSI PEMBORONG :

  • FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGELUAR:

* Membeli secara pukal dan tunai - pengeluaran secara besar dan mendapat modal pusingan dengan cepat.
* Mengurangkan kos pergudangan.
* Memecah pukal oleh pemborong membantu menjimatkan kos.
* Mengurangkan kos pengangkutan kerana pemborong memiliki pengangkutan sendiri.
* Pemborong membantu meluaskan pasaran.
* Pemborong memberi maklumat pasaran.
Fungsi pemborong dalam saluran agihan ialah membantu mengedarkan barangan daripada pengeluar kepada pengguna akhir.
Bagimanakah pemborong dapat membantu pengeluar?
Pemborong dapat membantu pengeluar mengagihkan barang keluarannya kepada pengguna akhir ialah dengan cara :-
* Membantu pengeluar mengeluarkan secara besar-besaran dan membantu mendapatkan modal pusingan keran pembelian secara pukal dan tunai.
* Pemborong juga membantu mengurangkan kos pergudangan pengeluar kerana pemborong memilikki sendiri gudang untuk simpanan stok.
* Pengeluar juga dapat menjimatkan kos memecah pukal kerana kerja-kerja ini dilakukan oleh pemborong.
* Kos pengangkutan juga dapat dikurangkan kerana ianya disediakn oleh pemborong
* Pemborong juga membantu pengeluar dari segi meluaskan pasaran barangannya.


  • FUNGSI PEMBORONG KEPADA PERUNCIT & PENGGUNA KEPADA PERUNCIT

* Membekal pelbagai barangan
* Memberi kredit
* Memberi maklumat dan nasihat

  • FUNGSI PERUNCIT KEPADA PENGGUNA AKHIR

= Menstabilkan harga = Menyediakan bekalan
= Menyampaikan maklumat = Memecah pukal
=Mempelbagaikan pilihan pengguna.

TERMA DAN SYARAT BORONG D’HOUSE COLLECTION:

* Bagi pembelian secara borong anda haruslah membeli min 6pcs (Setiap jenis Item) bagi mendapat harga borong.
* Sekiranya setiap Item itu terdapat hanya 3pcs colour jenisnya, anda boleh order hanya 3pcs tersebut untuk mendapatkan harga borong.
* Sekiranya stock sudah habis, tidak cukup 3 colour anda boleh campur dengan item yang sama harga bergantung dengan budi bicara D’House Collection.
* Kebanyakan tempahan terutamanya tudung, kami tidak akan mampu mengakomodasi pilihan warna yang sama untuk satu paticular per tempahan.
* Barang yang dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai sekiranya terdapat kerosakan dan kesalahan penghantaran dari pihak kami.
* Barang hanya akan di ganti dengan barang lain dengan syarat dalam masa 3 HARI dari tarikh barang diterima oleh anda, anda perlu pos kepada kami balik dengan kos pos ditanggung oleh pihak anda sendiri. Lebih daripada tarikh berkenaan kami menganggap kerosakan berpunca daripada pihak pembeli.
* Sekiranya barang di pos oleh pihak supplier, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan tersebut, kerana barang itu tidak sampai kepada kami dan kami tidak melakukan inpection ke atas barangan tersebut.
* Kos pos bagi semenanjung 1 kodi tudung rm15 bagi 20 helai dan bagi sabah/sarawak rm35 bagi 20 helai dan bagi lain-lain barangan kos pos rm20 semenanjung dan rm80 bagi sarawak bagi berat 10.5kg.
* Lain-lain maklumat yang tidak tersenarai, boleh terus hubungi kami

No comments:

Post a Comment